Adobe Dreamweaver, dulunya dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver ialah atur cara penyunting HTML yang diperkembangkan oleh Macromedia (kini diambil alih oleh Adobe). Ia merupakan sistem penyuntingan yang menggabungkan daya pengeluaran WYSIWYG (What You See Is What You Get) dengan kuasa pengawalan kod HTML. Penggabungan ini adalah unik pada keakhiran 1990-an dan menyebabkan penggunaannya secara meluas. Ia sekarang terdapat dalam versi Macintosh serta Windows, dan memegang lebih kurang 80 peratus daripada pasaran atur cara penyunting HTML yang profesional. Versi yang terkini adalah "Dreamweaver 8". Dreamweaver telah menerima
beberapa anugerah, termasuknya "Persembahan Terbaik di Dunia Internet"
("Best Show at the Internet World"), pemeringkatan lima-tikus yang berprestij daripada DuniaMac (MacWorld), serta "Atur Cara Web Tahunan Yang Terbaik" daripada "Majalah PC" (PC Magazine)...
Ciri-ciri Dreamweaver yang terbaik termasuk kod HTML yang kemas serta
sokongan kepada pilihan-pilihan HTML yang terbaru (seperti HTML Dinamik dan gaya sunting melata (cascading style sheet (CSS)). Dreamweaver juga mempunyai atur cara penyunting teks yang bersepadu serta penyahpepijat JavaSkrip. Ia menyepadukan BBEdit (atur cara HTML yang terpopular bagi Macintosh) dan Homesite (untuk Windows)
dengan sekitaran reka bentuk WYSIWYG yang mudah diguna. Mengulang alik
antara Dreamweaver dan atur cara penyunting teks senang sahaja, dan
pengguna-pengguna dapat menikmati faedah daripada kedua-dua situasi
sekiranya mereka masih suka bekerja dengan kod HTML pada sebahagian
masa.
Sekitaran reka bentuk grafik Dreamweaver mempergunakan palet dan
tetingkap untuk membolehkan pengguna-pengguna yang baru mula belajar
bagi mencipta tapak Web atasan yang merangkumi ciri-ciri seperti animasi, borang interaktif dan penyelesaian e-perdagangan, walaupun mereka tidak memahami HTML. Dreamweaver membenarkan pengguna memilih kebanyakan pelayar untuk
melihat paparan tapak web. Ia juga mengandungi alatan pengurusan tapak
untuk pengguna baru, seperti keupayaan mencari dan mengganti garis-garis
teks ataupun kod dengan apa jua parameter yang ditentukan. Panel perjalanan (behaviors panel) juga membenarkan penciptaan JavaSkrip yang asas tanpa pengetahuan pengekodan. Dengan penciptaan versi MX, Macromedia menggabungkan alatan-alatan
penciptaan kandungan dinamik ke dalam Dreamweaver. Selaras dengan
semangat alatan-alatan WYSIWYG HTML, ia membenarkan penguna untuk
mengaitkan kepada pangkalan data (seperti MySQL) untuk menapid and memaparkan kandungan dengan menggunakan teknologi skrip seperti PHP, ASP dan ASP.net, tanpa pengalaman pengaturcaraan yang terdahulu.
Fungsi utama Adobe Dreamweaver adalah untuk membuat desain web, pemrogram, dan pengembang aplikasi dari semua tingkatan.
kita juga punya nih jurnal mengenai dreamweaver, silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya
BalasHapushttp://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/3694/1/presentasi%20web%20cat%20care.pdf
semoga bermanfaat yaa :)